January 21, 2010

A thought of a Malay in Mesir.

This was taken directly from an article.



Assalamualaikum.


skrg smua tgh sibuk nak buat program. takpelah. takde rezeki saya nak join. jauh sangat.


by the way tujuan sy emel kan warkah elektronik ni adalah sekadar utk perkongsian berkaitan dengan isu penggunaan nama Allah dalam kalangan penganut bukan Islam.


saya di bumi mesir ini amat kesal dengan apa yg berlaku di malaysia, terutama dengan isu bom dan bakar gereja2 di malaysia. dengar khabarnya, dh smpai 12 gereja kne bakar, bom.


ingin saya katakan disini, bahawa, pada zaman arab quraisy lagi, mereka telah menggunakan perkataan Allah sbg nama tuhan mereka. sedangkan pada ketika itu Islam masih belum sampai kepada mereka.


sehingga sekarang, setelah beratus-ratus tahun berlalu, di mesir, penganut-penganut kritian koptik, masih lagi mengamalkan penggunaan nama Allah dalam kehidupan seharian. namun, tidak pula timbul isu bom, bakar gereja dan sebagainya.


sy disini sudah biasa dgn amalan dan budaya arab-arab mesir. tidak kiralah islam mahupun kristian, apabila berjumpa, mereka akan memberi salam. "assalamualaikum warahmatullah" .


di kuliah, apabila professor, mahupun staff-staff yg beragama kristian masuk ke dewan kuliah, mereka memberi salam dengan lengkap. kadang-kadang, mereka juga menyebut "good morning".


apabila sudah selesai kuliah, perkataan "alhamdulillah" terpacul dari mulut mereka.


apabila sy membuat temujanji bersama-sama doktor, mereka menyebut, Insyaallah.


semua ini disebut, dan diamalkan oleh msyarakat arab yg BUKAN beragama Islam. tidak pernah timbul sebarang masalah, isu , atau sebagainya.


pernah pada suatu hari saya berjalan-jalan di hadapan sebuah gereja koptik yg agak besar di bumi iskandariah ini, terdetik hati nak melihat suasana di dlm gereja.


apa yg saya lihat?


ramai yang bertudung, tetapi tidaklah bertudung sepenuhnya. mereka semua berada didalam gereja tersebut. sy agak hairan.tidak mengapalah. mungkin ada majlis lain kot. sy lihat pula di pintu gerbang gereja tersebut.


apa yang saya lihat?


sebuah bulatan besar, ditengah2nya diukir perkataan "ALLAHU AKBAR"


terkejut keseorangan, tp sy yakin, itu adalah perkataan yg telah mereka gunakan sejak zaman dahulu lagi. dan perkara ini telah sy utarakan kepada ustaz2 melayu di universti al-azhar di sini.


jika perkara2 sebegini berlaku di malaysia, saya yakin, apa yg berlaku skrg mungkin lebih teruk.


apa yang sy nampak, di malaysia, kita telah dididik, diasuh sejak kecil lagi bahawa, ALLAH itu hanya boleh digunakan oleh umat islam sahaja. sy juga begitu. kita tidak pernah mendengar org cina, india, singh dan lain-lain lagi menyebut perkataan ALLAh


mungkin penggunaan perkataan ALLAH itu boleh menimbulkan kekeliruan, dan seseorang mungkin boleh tersilap atau terpesong dari agama islam itu sendiri


tambahan pula, umat melayu sekarang masih kurang dgn alim ulama, ahli2 agama, dan sebagainya, utk mengingatkan mereka tentang ALLAH yg sebenar2nya.


tidak seperti di mesir, yg mana sheikhul azhar, hanya memakai seluar track, tshirt, dan kadang-kadang berkemeja, jumlah mereka begitu ramai, dan mereka amat disanjung, serta merekalah antara faktor2 yg menguatkan lagi Islam disini, yg menunjukkan ALLAH yg sebenar.


jadi tiada masalah dgn ALLAH di sini


pesanan saya,

terangkankan lah kepada mereka2 yg berada di malaysia, akan perkara ini. tidak ada apa yg perlu ditakutkan. kita ada ALLAH kita, mereka ada ALLAH mereka. cuma berlainan pegangan dan pendapat.


tidak adil lah jika kita membakar, atau mengebom rumah ibadat mereka. jika perkara yg sebaliknya berlaku kepada kita bagaimana?


tindakan mereka itu hanya membrukkan lagi keadaan, dan memberikan imej lebih teruk kepada masyarakat islam di malaysia.


cukuplah sekali, stesen tv aljazeera membuat liputan tentang perkara ini di malaysia. amat memalukan.


itu sahaja buat masa ini, sebarang kesalahan dalam penulisan, tersilap fakta, harap dapat diperbetulkan.

2 comments:

Elle T. said...

Actually not all 12 churches were fire-bombed. If I'm not mistaken two had paint poured on the outside walls (one black one red) and one had brickes thrown at the glass.

The Politician said...

Thanks LynneT:) I think the guy who's in Mesir was not well informed of the cases.